Monday, April 14, 2014

Sarah Ashraf Binti Mohd Ashraf

SARAH ASHRAF BT MOHD ASHRAF Nama puteri sulung Ashraf Muslim
credit to : Instagram ashrafmuslim

Sarah Ashraf Binti Mohd Ashraf


Copy dari instag Ashraf :-
Alhamdulillah.. Semalam mlm yg bermakna bg puteri sulungku SARAH ASHRAF BT MOHD ASHRAF selepas di tahnikkan oleh saudara Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa selepas majlis taklim mlm semalam. Alhamdulillah rasa syukur teramat sgt kerana Allah permudahkan segala2nya berjalan dengan lancar.. Terima kasih Allah ini semuanya dgn keizinanmu. Terima kasih kepada Habib Ali dan Warga Darul Murtadha dan Warga Masjid Muaz serta ahli keluarga dan sahabat2 yg membantu. Doakan puteri saya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah dan menjadi anak yg solehah serta berakhlak mulia.




Wednesday, April 9, 2014

Ashraf Muslim dah bergelar bapa

Tahniah di ucapkan kepada Ashraf Muslim di atas kelahiran bayi perempuan beliau pada 5 April 2014, jam 11.50 malam di Tropicana Medical Centre, Kota Damansara. Bayi seberat 2.51kg itu di lahirkan secara normal oleh ibunya, Sakinah dan berikut adalah beberapa gambar yang menceritakan betapa gembira mereka dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Tahniah buat mereka semua termasuk Noor Dayana.








Wednesday, February 5, 2014

Ashraf dan Dayana berangkat ke Mekah

Saya nak komen gambar2 ni... sememangnya saya sangat suka tengok kebahagiaan sebegini. Alhamdulillah Dayana tidak di persiakan... dan Sakinah pandai membawa diri sebagai isteri kedua.

Alhamdulillah Ashraf berjaya mendidik kedua-dua isterinya... bukan mudah untuk berpoligami... dan bukan mudah untuk si isteri menerima madunya....

Apa-apa pun semoga kalian bertiga dan bakal berempat sentiasa bahagia dunia dan akhirat... Insyaallah....


Credit to FB Ashraf Muslim.... Ini status beliau saya copy paste.....

Assalamualaikum semua.. Saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. Saya sayang kamu berdua.. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.. Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah.. Terima kasih Allah.. Terimalah aku dan isteri2ku menjadi hambamu yg "Special" disisimu. InsyaAllah..

Semoga selamat pergi dan selamat kembali... 

Tuesday, February 4, 2014

Wan Sakinah Perjelas Isu Tayang 'Baby Bump'

Credit to : MH

Berikutan tindakan isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang memuatnaik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai reaksi masyarakat, Wan Sakinah kini tampil dengan kenyataan bagi menjernihkan keadaan. 
 
Mesej terbaru yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menjelaskan bukanlah niatnya untuk menunjuk sebaliknya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu. 
 
"Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq. 
 
"Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran. 
 
"InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe. 
 
"Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-"
 
Semoga dengan penjelasan panjang lebar Wan Sakinah ini akan membuang setiap sangkaan kurang enak yang selalu dilemparkan kepada pasangan ini. MH Online mengharapkan Wan Sakinah kekal sihat dan dapat menjalani baki bulan-bulan terakhir kehamilan dan bersalin dengan selamat.

Seri Bakal Ibu, Wan Sakinah Tayang 'Baby Bump'

credit to : Media Hiburan
 
MH Online kongsikan foto romantik pasangan suami isteri, Ashraf Muslim bersama isterinya, Wan Sakinah yang kini sedang sarat mengandung anak sulung mereka. 
 
Lebih menarik, foto yang dipercayai dirakamkan ketika bercuti di Pulau Langkawi ini turut memperlihatkan kandungan Wan Sakinah yang kian membesar. 
 
Sungguh berseri wajah Wan Sakinah sepanjang menjalani proses kehamilan. MH Online mengharapkan Wan Sakinah kekal sihat dan dapat menjalani baki bulan-bulan terakhir kehamilan dan bersalin dengan selamat. 
 
 

Monday, December 16, 2013

Hubungan 2 isteri Ashraf semakin baik

HAMIL 5 BULAN - HUBUNGAN DUA ISTERI ASHRAF MUSLIM MAKIN BAIK 
Credit to myartis.com

Hubungan mereka makin baik!

Demikian komen Ashraf Muslim mengenai kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sebelum ini agak renggang. Malah katanya, mereka bertiga kini sudah sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika ada masa lapang.
 

"Semuanya baik-baik sahaja. Namun buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga," ujar Ashraf ketika ditemui media.
Terdahulu, Ashraf juga mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa setelah isteri keduanya Wan Sakinah hamil lima bulan. Tambahnya, dia telah mempersiapkan diri untuk menjadi bapa dan ketua keluarga yang terbaik, bukan hanya untuk Wan Sakinah tetapi untuk kedua-dua isterinya.

Menurut Ashraf yang kini sibuk dengan projek langskap, pengurusan majlis dan syarikat produksi miliknya, yang penting sekarang ialah bersikap adil agar tiada pihak yang berkecil hati.

"Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan," jelasnya dipetik sebagai berkata kelmarin

Monday, November 4, 2013

Tunai umrah bersama Ashraf Muslim

"Wahai Allah kami datang memenuhi panggilanMu
Tiadalah sekutu untukMu, segala puji dan kuasa untukMu
Kami meraba tanpa cahaya, kami yang lupa hina dan papa
Di hadapanMu yang Maha Indah, di hadapanMu yang Maha Mulia..." 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi di nombor yang tertera di dalam gambar di bawah ini... 


Thursday, October 3, 2013

Ashraf Muslim Tengah Sibuk Buat Resepsi Kahwin?

KL, 3 OKTOBER 2013: Tak lama dulu Murai Batu pernah beritahu korang semua yang isteri kedua kepada pelakon putih melepak Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah sudah pun berbadan dua.

Nampaknya khabar angin itu ternyata benar apabila Ashraf Muslim sendiri telah mengaku di dalam sebuah akhbar tempatan dan ternyata dia cukup gembira apabila menerima berita berkenaan.

Dalam pada sibuk menghitung hari menerima cahaya mata, Murai Batu dikhabarkan pula dengan cerita mengenai persiapan majlis persandingan Ashraf Muslim dan isteri barunya itu tidak lama lagi.

Amboi bukan main lagi. Siap nak bersanding lagi. Ingatkan bila sudah timbulnya kontroversi seperti ini, Ashraf Muslim mengambil keputusan untuk melangsungkan secara bersederhana sahaja.

Tak mengapalah mungkin ada rezeki lebih. Jadi apa salahnya benda yang baik dihebahkan kepada orang ramai. Murai Batu difahamkan, majlis berkenaan bakal diadakan pada bulan November ini di Ipoh perak di sebuah dewan.

Khabarnya juga pelbagai persiapan sudahpun dijalankan termasuk baju pengantin dan juga pelamin yang bakal disediakan oleh sebuah perancang perkahwinan terkenal. Murai Batu dapat bayangka , bagaimana sebuah dewan yang kosong dan ringkas bakal berubah menjadi sebuah ruangan serba indah untuk majlis persandingan itu nanti.

Tak sabar rasanya Murai Batu nak terima kad undangan persandingan Ashraf dan Wan Sakinah. Pasti gempar punya dan ramai pihak media yang akan hadir ke majlis berkenaan. Walau apapun Murai Batu harap khabar angin yang Murai Batu dengar ini bukanlah omongan kosong semata-mata. Tak sabar rasanya.

Murai Batu: Patah tumbuh hilang berganti. Sesuatu yang indah tidak akan kekal selama-lamanya.