Monday, September 26, 2011

Friday, September 23, 2011

Cover depan Majalah Media Hiburan isu 24-30 sept

Ashraf & Dayana Sanding Konsep Inggeris


Oleh : SuDyr

Foto: Syaiful Azuan



Selepas memilih Kota Mekah sebagai lokasi pernikahan, tanggal 17 September lalu pelakon Ashraf Muslim dan isterinya, Noor Dayana telah mengadakan majlis persandingan mereka bertempat di rumah pengantin perempuan di Kampung Sungai Pusu, Gombak dengan bertemakan konsep Inggeris.


Menurut Ashraf, konsep persandingan ini dipilih sendiri oleh bapa mentuanya, Haji Lokman selepas beberapa pebincangan dilakukan.

Keseluruhan majlis menggunakan rona putih dan lilac sebagai warna utama. Daripada pelamin, meja makan beradab dan hantaran perkahwinan semuanya dihias indah agar menepati konsep yang diingini. Kedua-dua mempelai juga anggun mengenakan busana hasil sentuhan Ezuwan Ismail.

Majlis persandingan bermula tepat jam 1.30 petang dengan diiringi pasukan 'bagpipe'. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas sebanyak 11 dulang daripada pihak perempuan.

Turut memeriahkan majlis bersejarah ini adalah sanak-saudara, rakan-rakan pengantin, pesakit daripada Pusat Rawatan Al-Hidayah dan anak-anak yatim yang dijemput khas.

Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 24 September ini bertempat di MITC, Melaka dengan menggunakan konsep persandingan Islamik.

Untuk cerita lanjut dan gambar-gambar sekitar kemeriahan majlis persandingan antara Ashraf dan Dayana ini, jangan lupa nantikan dalam majalah Media Hiburan akan datang.

Monday, September 19, 2011

Amaran Dayana untuk Ashraf

Pengantin baru, isteri kepada pelakon Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman atau Dayana memberitahu media yang dia sememangnya sudah bersedia dari awal untuk menerima seorang artis dalam kehidupan berumah tangga. Jelas pelajar jurusan perubatan ini, sebaik sahaja mereka mengambil keputusan untuk bertunang, dia telah pun memikirkan perkara itu dan sanggup menghadapi cabaran akan datang.

“Sebagai seorang isteri, saya faham dengan status Ashraf. Sebagai seorang pelakon sudah pasti ada peminat yang akan menegur atau ingin mengambil gambar dengannya apabila kami berjalan bersama nanti. Selagi Ashraf menjaga batas-batasnya, saya tidak ada masalah. Tetapi, jika dia melebihi batas, siaplah dia!” ujar Dayana yang ditemui  ketika majlis resepsi pasangan ini Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dayana juga mengakui dia dan Ashraf sebenarnya masih dalam peringkat saling mengenali di antara satu sama lain. Ini kerana walaupun mereka sudah berkenalan hampir dua tahun sebelum berkahwin, tetapi mereka tidak bercinta seperti pasangan lain.


“Kami ini boleh dikatakan bercinta selepas kahwin. Jadi, saya masih dalam proses berkenalan dengan Ashraf dan juga keluarganya. Begitu juga dengan Ashraf. Walaupun begitu, saya mengharapkan perkahwinan kami ini akan kekal sepanjang hayat,” ulas Dayana lagi.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 April lalu setelah sering menghabiskan masa bersama di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah yang diusahakan oleh ayah Dayana bersama Ashraf. Pada majlis pertunangan tempoh hari, Ashraf akan memberitahu yang dia mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan Dayana bagi mengelak daripada menjadi buah mulut orang di sekeliling.

Setelah mendapat restu kedua-dua belah keluarga, Ashraf dan Dayana akhirnya dijabkabulkan di hadapan Kaabah, Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal tempoh hari. Majlis akad nikah itu hanya disertai oleh beberapa wakil pihak lelaki dan perempuan.

Saturday, September 17, 2011

Persandingan Ashraf Muslim dan Dayana


 17hb Sept adalah majlis persandingan Ashraf Muslim bersama Dayana yang berlangsung di rumah Dayana di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor. 

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan Inggeris ini telah menampilkan pasangan ini dengan pakaian berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. Sangat cantik pakaian pengantin ni... 

Semoga berkekalan hendaknya.








Saturday, September 3, 2011

Pernikahan Ashraf Muslim dan Dayana di Kota Mekah

Ashraf Muslim telah selamat bergelar suami kepada Noor Dayana pada 1 Syawal lepas di Tanah Suci Mekah. Ashraf telah bertunang dengan Dayana pada 23 April 2011 yang lalu.


Ashraf telah di nikahkan oleh bapa Dayana sendiri selepas waktu Isya' di Masjidil Haram, Mekah. Selepas dinikahkan, pasangan itu menunaikan solat sunat dan tawaf sunat mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Ini adalah amalan yang dilakukan oleh para sahabat di zaman Rasullulah SAW.

Dayana yang manis

majlis resepsi mereka nanti akan diadakan pada 17 September 2011 bertempat di rumah pengantin perempuan, di Kg Sungai Pusu, Gombak.

Selepas acara di sebelah pihak perempuan, majlis menyambut tetamu di sebelah Ashraf pula akan diadakan pada 24 September bertempat di MiTC, Melaka.
Upacara membatalkan air sembahyang

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kalian berdua. 
SELAMAT PENGANTIN BARU