Tuesday, September 17, 2013

Wan Sakinah hamil enam minggu

Rentetan dari gambar ubat2 yang tersebar minggu sudah, Hari ini menerusi Metro Ahad, dimaklumkan bahawa kehamilan Wan Sakinah sudah pun mencecah 6 minggu. Pada awal kehamilan, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk. Sakit kepala, muntah dan tak lalu nak makan. Malah Wan Sakinah tidak boleh makan makanan barat seperti burger, sehinggakan bau pun boleh rasa loya. Namun kalau nasi lemak memang berselera dibuatnya.


Pasti Ashraf Muslim gembira dengan kehamilan ini. Jadi jagalah baik-baik ya. Yang penting bila isteri dah mengadung, isteri pertama jangan di lupakan.

Tuesday, September 10, 2013

Kongsi Gambar Ubat, Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil?

Kira-kira seminggu yang lalu, OHBULAN! ada siarkan penafian Ashraf Muslim mengenai berita kehamilan isteri keduanya yang dikenali sebagai Sakinah.



Namun baru-baru ini melalui sebuah forum tempatan, timbul pula persoalan yang sama apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.

Gambar itu bagaimanapun menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Kalau difikirkan semula, mana ada sakit lain yang membolehkan orang ucap tahniah kecuali mengandung, betul tak?

Jadi persoalannya di sini, adakah Sakinah kini betul-betul berbadan dua? Mungkin Ashraf ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkara ini sebelum ini.

Jika mengikut kata-kata orang lama, memang tidak elok menghebohkan perkara ini di awal kehamilan kerana takut tak menjadi. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah dan Ashraf ya.

Sumber: Forum Cari, Oh Bulan & InteraksiGosip.com


Tuesday, September 3, 2013

Ashraf Muslim nafi isteri kedua hamil

sumber dari Rotikaya.com

Lewat petang semalam, kami terima beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan pengantin baru Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Sakinah luangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Itu bukan perkara yang luar biasa, mereka sudah bergelar suami isteri — suka hati merekalah hendak lakukan apa pun bersama sama.

Tetapi, pengirim e-mail ini turut memberitahu kami yang fizikal Sakinah kelihatan seperti orang sedang mengandung selain perbuatan Ashraf Muslim yang mengusap perut isterinya itu di’khalayak ramai beberapa kali. Romantic much?

Kami menghubungi Ashraf Muslim untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin ini dan selebriti popular itu pantas menafikan yang isteri keduanya itu sudah hamil.

“Takdelah. Belum mengandung atau apa apa — insyaAllah kalau ada rezeki nanti,” jawab Ashraf Muslim ringkas di’ikuti ketawa penuh makna.

Isu anak ini menjadi topik perbualan utama di kalangan peminat dunia hiburan tempatan selepas perkahwinan kedua Ashraf Muslim diketahui umum kerana di’katakan itulah antara sebab kenapa pelakon ini berkahwin lain.