Monday, December 16, 2013

Hubungan 2 isteri Ashraf semakin baik

HAMIL 5 BULAN - HUBUNGAN DUA ISTERI ASHRAF MUSLIM MAKIN BAIK 
Credit to myartis.com

Hubungan mereka makin baik!

Demikian komen Ashraf Muslim mengenai kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sebelum ini agak renggang. Malah katanya, mereka bertiga kini sudah sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika ada masa lapang.
 

"Semuanya baik-baik sahaja. Namun buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga," ujar Ashraf ketika ditemui media.
Terdahulu, Ashraf juga mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa setelah isteri keduanya Wan Sakinah hamil lima bulan. Tambahnya, dia telah mempersiapkan diri untuk menjadi bapa dan ketua keluarga yang terbaik, bukan hanya untuk Wan Sakinah tetapi untuk kedua-dua isterinya.

Menurut Ashraf yang kini sibuk dengan projek langskap, pengurusan majlis dan syarikat produksi miliknya, yang penting sekarang ialah bersikap adil agar tiada pihak yang berkecil hati.

"Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.

"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan," jelasnya dipetik sebagai berkata kelmarin

No comments:

Post a Comment