Berikutan tindakan isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang memuatnaik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai reaksi masyarakat, Wan Sakinah kini tampil dengan kenyataan bagi menjernihkan keadaan. 
 
Mesej terbaru yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menjelaskan bukanlah niatnya untuk menunjuk sebaliknya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu. 
 
"Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq. 
 
"Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran. 
 
"InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe. 
 
"Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-"
 
Semoga dengan penjelasan panjang lebar Wan Sakinah ini akan membuang setiap sangkaan kurang enak yang selalu dilemparkan kepada pasangan ini. MH Online mengharapkan Wan Sakinah kekal sihat dan dapat menjalani baki bulan-bulan terakhir kehamilan dan bersalin dengan selamat.